Thursday, November 4, 2010

PPSJ di akhbar!!




Bukan Omong Kosong!!

Sekali warga PPSJ dikejutkan dengan penyiaran artikel di akhbar Berita Harian. Tapi, ini kejutan yang menggembirakan. Ceramah Agama Bersempena Nisfu Sya'aban dan Isra' Mikraj di Taman Sijangkang Jaya oleh kelolaan PPSJ telah diterbitkan di akhbar yang bertujuan untuk memberitahu kepada umum bahawa persatuan ini telah wujud dengan aktiviti 'yang tidak lekang dek panas'.

Banyak respon yang telah diterima daripada penduduk. Bukan hanya penduduk setempat sahaja, penduduk di kampung-kampung dan taman-taman berhampiran juga kagum dengan siaran akhbar ini. Terima kasih kepada pihak Berita Harian yang banyak memberikan kerjasama.

Gambar lanjut sila klik DI SINI!!

Persatuan Penduduk Sijangkang Jaya ( PPSJ ) Pemangkin Pembangunan Ummah

AJK Sesi 2008/2009

Salam 1 Malaysia...

Persatuan Penduduk Sijangkang Jaya ( PPSJ ) menunjukkan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya. Di dalam membantu penduduk ini di dalam beberapa hal ehwal kebajikan dan sebagainya, perpaduan merupakan asas utama bagi memastikan keutuhan silatulrahim dapat dikekalkan sesama penduduk.

Tidak mengira ideologi pelbagai lapisan masyarat di Taman Sijangkang Jaya ini akan terus bersatu-padu untuk membentuk satu entiti yang kekal erat. Tahniah kepada semua 'peneraju' di dalam PPSJ yang telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti melibatkan masyarakat setempat.

Beberapa biro yang telah ditubuhkan di dalam PPSJ ini telah membantu dalam melancarkan lagi gerak-kerja kesepakatan ahli-ahli persatuan. Antara biro yang menjadi tonggak adalah Biro Agama dan Kebajikan, Biro Keselamatan. Di dalam menjalankan kegiatan dan aktiviti setempat, PPSJ juga sedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di dalam memastikan keselamatan sosial dan lain-lain lagi.

Hubungan erat dengan sesama pelbagai agensi swasta, kerajaan dan NGO yang ditunjukkan oleh kepimpinan PPSJ ini juga melambangkan bahawa persatuan ini aktif dan sentiasa akan mengikuti perkembangan semasa yang tidak hanya di dalam, malah juga di luar taman perumahan ini.

Sekalung terima kasih diberikan kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan dan mengeratkan lagi pertubuhan PPSJ. Semoga penduduk di taman ini akan terus kekal BERSATU!


Ilustrasi Kedudukan Jalan & Rumah di Taman Sijangkang Jaya