Thursday, November 4, 2010

Persatuan Penduduk Sijangkang Jaya ( PPSJ ) Pemangkin Pembangunan Ummah

AJK Sesi 2008/2009

Salam 1 Malaysia...

Persatuan Penduduk Sijangkang Jaya ( PPSJ ) menunjukkan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya. Di dalam membantu penduduk ini di dalam beberapa hal ehwal kebajikan dan sebagainya, perpaduan merupakan asas utama bagi memastikan keutuhan silatulrahim dapat dikekalkan sesama penduduk.

Tidak mengira ideologi pelbagai lapisan masyarat di Taman Sijangkang Jaya ini akan terus bersatu-padu untuk membentuk satu entiti yang kekal erat. Tahniah kepada semua 'peneraju' di dalam PPSJ yang telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti melibatkan masyarakat setempat.

Beberapa biro yang telah ditubuhkan di dalam PPSJ ini telah membantu dalam melancarkan lagi gerak-kerja kesepakatan ahli-ahli persatuan. Antara biro yang menjadi tonggak adalah Biro Agama dan Kebajikan, Biro Keselamatan. Di dalam menjalankan kegiatan dan aktiviti setempat, PPSJ juga sedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di dalam memastikan keselamatan sosial dan lain-lain lagi.

Hubungan erat dengan sesama pelbagai agensi swasta, kerajaan dan NGO yang ditunjukkan oleh kepimpinan PPSJ ini juga melambangkan bahawa persatuan ini aktif dan sentiasa akan mengikuti perkembangan semasa yang tidak hanya di dalam, malah juga di luar taman perumahan ini.

Sekalung terima kasih diberikan kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan dan mengeratkan lagi pertubuhan PPSJ. Semoga penduduk di taman ini akan terus kekal BERSATU!